Perutusan Pengarah

pengarah

Pusat Asasi Pengurusan (PAP), Universiti Utara Malaysia ditubuhkan bagi melahirkan generasi yang bakal menerajui pelbagai bidang pengurusan di masa depan.  Ia juga menjadi satu platform kepada para pelajar untuk lebih berminat mengikuti program-program yang menjurus kepada bidang pengurusan.

Pembelajaran di Pusat Asasi Pengurusan merupakan landasan pertama bagi pelajar untuk mengenali dan meneroka bidang-bidang yang berasaskan pengurusan.  Justeru itu, Pusat Asasi Pengurusan akan sentiasa memastikan program yang diberikan berkualiti tinggi dan relevan kepada keperluan semasa dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian matlamat Pelan Strategik UUM dan pembangunan Negara terutama dalam sektor pengurusan.

Pihak pengurusan Universiti Utara Malaysia amat menitikberatkan keperluan pembelajaran serta fasiliti kepada para pelajar Program Asasi Pengurusan.  Ini adalah kerana  prasarana yang kondusif secara tidak langsung akan dapat merangsang pembelajaran selain kualiti pengajaran para pensyarah.