SEJARAH PENUBUHAN PUSAT ASASI PENGURUSAN UUM

Program Asasi Pengurusan mula ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia pada sesi 2014/2015 dengan kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengambilan pertama kemasukan Sesi 2014/2015 adalah diuruskan oleh Pusat Asasi Pengurusan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Akademik, Universiti Utara Malaysia.

Kemasukan pada 18 Jun 2014 merupakan kumpulan pertama iaitu seramai 100 orang yang meliputi 20 orang pelajar lelaki dan 80 orang pelajar perempuan. Para pelajar akan diberi bimbingan oleh pensyarah-pensyarah UUM yang berpengalaman dan berkemahiran dalam pembentukan modal insan yang dinamik dan inovatif.

Program Asasi Pengurusan UUM menekankan kepada aspek-aspek etika dan kemanusiaan yang dimasukkan ke dalam kurikulum bagi membantu membangunkan individu yang seimbang, peka masyarakat, mahir berkomunikasi dan mampu membuat keputusan.