PROMOSI PROGRAM BPLB UUM TARIK MINAT PELAJAR ASASI PENGURUSAN

Program Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan diperkenalkan kepada para pelajar Asasi Pengurusan sebagai satu program berprestasi tinggi yang disasarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Asasi Pengurusan UUM.  Para pelajar diberi penerangan yang lebih mendalam tentang struktur program serta peluang kerjaya dalam bidang tersebut.

Selain itu, penerangan turut dibantu oleh Prof. Madya Dr. Munif Zarirruddin Fikri Nordin, Timbalan Pengarah (Akademik), Pusat Asasi Pengurusan yang juga pensyarah kursus Falsafah bagi program Asasi Pengurusan.  Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Dr. Fais Ahmad, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perniagaan (SBM).