“MALAM BAKAT ASASI 2016” SERLAH BAKAT PELAJAR ASASI PENGURUSAN

Seorang peserta yang ditemui, Nur Atiqah Bashirah binti Suhaidi berkata, ‘sesi ceramah tersebut telah memperjelaskan kepada para pelajar tentang perbandingan di antara aktiviti seni dan budaya di bawah Pusat Ko-Kurikulum dan Pusat Budaya dan Seni. Malah, para pelajar akan mendapat skil tambahan serta mata merit yang diambil kira dalam pengijazahan di peringkat sarjana muda kelak’.

Menurut Mohd. Idhil Hashim, Pengarah Program, bengkel tersebut dirancang bagi tujuan mengenal pasti dan mencungkil bakat-bakat yang dimiliki oleh para pelajar Asasi Pengurusan dalam bidang kesenian seperti kemahiran bermain muzik, tarian, nyanyian, teater, pengurusan majlis dan pengurusan teknikal.

Menurutnya, “slot kedua iaitu bengkel seni dan budaya sangat menarik minat para pelajar kerana mereka berpeluang mendapat latihan intensif daripada 25 orang fasilitator yang dilantik khas oleh PBS untuk melatih mereka mengikut bidang yang diminati”. Pada akhir bengkel, setiap kumpulan akan membuat persembahan pada “Malam Bakat Asasi 2016” yang diurus sepenuhnya oleh pelajar asasi sendiri.

Pada “Malam Bakat Asasi 2016” pelbagai persembahan menarik di tonjolkan iaitu persembahan caklempong, nasyid, nyanyian solo, koir, teater komidi dan persembahan band oleh dua kumpulan muzik daripada pelajar Asasi Pengurusan. Pengacara majlis dan Technical Team yang dilatih daripada bengkel tersebut berjaya merealisasikan program dan menarik minat para hadirin untuk terus menunggu sehingga ke akhir program.

Turut hadir pada malam tersebut adalah Prof. Madya Md. Zahir Mat Cha, Timbalan Pengarah (Pembangunan Pelajar) mewakili Pengarah, Pusat Asasi Pengurusan, Encik Idzwan Yaakob, Pengetua, INASIS TNB, Encik Huzaidy Hj Hussain, Pengarah, Pusat Budaya dan Seni serta para pensyarah Program Asasi Pengurusan.