PROGRAM ASASI PENGURUSAN TARIK MINAT PELAJAR SMK DATIN ONN JAAFAR

Para sesi lawatan tersebut, para pelajar telah diberi penerangan yang mendalam berkaitan penawaran program Asasi Pengurusan oleh Prof. Madya Dr. Munif Zarirruddin Fikri bin Nordin.

Para pelajar yang diraikan turut merasai sendiri suasana pembelajaran di dalam bilik kuliah dan berpeluang melihat sendiri fasiliti pengajaran yang tersedia di BK 6 sebelum meneruskan lawatan ke Varsity Mall dan Discover UUM.

Sesi lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan surat penghargaan daripada Prof. Madya Dr. Munif Zarirruddin Fikri bin Nordin yang mewakili Pengarah, Pusat Asasi Pengurusan, UUM.