PESTA SUKAN MERDEKA ERATKAN HUBUNGAN WARGA INASIS TNB DENGAN PELAJAR PROGRAM ASASI PENGURUSAN

Program seawal jam 7.30 pagi itu dimulai dengan acara senamrobik yang diadakan di Stadium Pusat Sukan UUM dan diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Exco Sukan.

Acara sukan yang dipertandingkan ialah Futsal kategori lelaki dan perempuan serta permainan Kabaddi.  Seorang felo Inasis TNB, Encik Muhammad Noor Fitri Ahmad turut menyertai perlawanan futsal kategori lelaki.  Semangat kesukanan dan mudah mesra beliau sangat disenangi oleh para pelajar.

Perlawanan futsal kategori lelaki telah dimenangi oleh Kumpulan B manakala futsal kategori perempuan dimenangi oleh Kumpulan F.  Pertandingan Kabaddi pula dimenangi oleh Kumpulan D.  Penyampaian hadiah kepada pemenang telah di sempurnakan oleh Encik Mohd Idzwan Yaacob, Pengetua, Inasis TNB.

Menurut Ketua Exco Sukan, Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan, Muhamad Amir Syafik Mohd Taufik dan Penolong Ketua, Masturah Rosli yang ditemui selepas selesai program Pesta Sukan Merdeka melahirkan rasa gembira kerana semua pelajar menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan dapat menjalin hubungan yang lebih erat dengan Pengetua dan felo-felo Inasis TNB.

Menurut Masturah Rosli pula, selain mengeratkan silaturahim sesama pelajar dan felo, perlawanan futsal yang dipertandingkan secara tidak langsung menjadi platform kepada Exco Sukan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berbakat besar dalam sukan futsal bagi membuat persediaan ke Karnival Sukan Asasi Universiti Awam yang akan diadakan pada bulan Januari 2019 nanti.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengetua Inasis TNB, Encik Mohd Idzwan Yaacob.

Pusat Asasi Pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Inasis TNB di atas kerjasama menganjurkan program Pesta Sukan Merdeka.

SEKIAN.

==============================

DARIPADA:

PUSAT ASASI PENGURUSAN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TEL.: 04-928 3452/3456

FAKS: 04-928 3453

E-MEL: asasi@uum.edu.my

FACEBOOK: Pusat Asasi Pengurusan

LAMAN WEB : Pusat Asasi Pengurusan