“MALAM BAKAT ASASI 2016” SERLAH BAKAT PELAJAR ASASI PENGURUSAN

PAP On-line:  Bengkel Kesenian dan Kebudayaan yang diadakan selama satu hari pada 05 November 2016 lalu dengan kerjasama Pusat Budaya dan Seni, telah berjaya mencungkil pelbagai bakat yang dimiliki oleh para pelajar Asasi Pengurusan kemasukan sesi 2016/2017.

Seawal jam 7.45 pagi, exco dan AJK Kesenian dan Kebudayaan, Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan telah bersedia di Dewan SAC bagi sesi pendaftaran dan ceramah bertajuk “Kepentingan Seni dan Budaya Kepada Pembangunan Pelajar” yang disampaikan oleh Encik Huzaidy Hj. Hussain, Pengarah, Pusat Budaya dan Seni. Kesemua pelajar merasa teruja kerana banyak ilmu dan ilham yang dikongsi bersama mereka.

Continue Reading

STUDY GROUP DAN TUTORIAL BANTU 29 PELAJAR PROGRAM ASASI PENGURUSAN CAPAI PMS 4.00 PADA SEMESTER PERTAMA SESI 2016/17

PAP ONLINE : Seramai 162 pelajar Program Asasi Pengurusan, termasuk 29 pelajar yang mendapat PMS 4.00 telah menerima Anugerah Pengarah bagi Sesi 2016/2017 dalam satu majlis ringkas di Dewan Seminar 2, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, baru-baru ini.

Pada Peperiksaan Akhir Semester Pertama Sesi 2016/2017, seramai 29 orang pelajar telah berjaya memperolehi PMS 4.00 manakala 133 orang memperolehi PMS 3.50 ke atas. Berdasarkan rekod pencapaian akademik, rata-rata pelajar yang memperolehi PMS 4.00 ialah pelajar cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pencapaian gred 6A hingga 10A.

Continue Reading