PUSAT ASASI PENGURUSAN DAN UUM PRESS BAKAL TERBITKAN MODUL KURSUS PROGRAM ASASI PENGURUSAN

PAP ONLINE : Pusat Asasi Pengurusan dengan kerjasama UUM Press akan menerbitkan modul Program Asasi Pengurusan yang akan digunakan mulai Sesi 2017/2018 depan. Sebanyak 18 modul kursus akan ditulis oleh lebih daripada 22 orang pensyarah yang telah dilantik daripada pelbagai pusat pengajian. Majoriti daripada penulis ialah tenaga pengajar Program Asasi Pengurusan sejak sesi 2014/2015 hingga kini.

Continue Reading

56 PELAJAR ASASI PENGURUSAN SERTAI KUIZ PERPUSTAKAAN

PAP ONLINE : Seramai 56 orang pelajar Program Asasi Pengurusan telah menyertai Kuiz Perpustakaan anjuran Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) baru-baru ini. Para pelajar telah dibahagikan kepada tujuh (7) kumpulan dengan tujuh set soalan berbeza yang disediakan oleh urusetia pertandingan. Objektif pertandingan yang dirancang khusus kepada pelajar baharu Asasi Pengurusan bertujuan untuk menilai tahap informasi berkaitan maklumat di Perpustakaan Sultanah Bahiyah yang wajar diketahui sebagai pelajar universiti.

Continue Reading