Sehubungan dengan itu, Biro Tugas-Tugas Khas berkolaboratif dengan Biro Akademik Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan menganjurkan program Senior Talk ‘Dominating University Life’ bersama Alumni Asasi Kohort 6. Matlamat program tersebut ialah untuk memperkasakan akademik dan pembangunan bakat pelajar-pelajar Program Asasi Pengurusan UUM. Dua orang Alumni Pusat Asasi Pengurusan yang cemerlang iaitu Saudari Kareena Kaur Gill dan Saudara Muhammad Shuib diundang khas untuk sesi perkongsian berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai seorang pelajar Program Asasi Pengurusan. Mereka juga bukan sahaja cemerlang akademik, malah mempunyai sahsiah dan bakat kepimpinan yang terpuji. Saudari Kareena Kaur Gill merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Undangundang dan Saudara Muhammad Shuib bin Rosli ialah pelajar Ijazah Sarjana Muda Falsafah, UndangUndang dan Perniagaan.
Program yang dilangsungkan hampir dua jam ini telah diadakan secara dalam talian menerusi platform Webex dan disertai oleh semua pelajar Program Asasi Pengurusan Sesi 2021/2022. Kedua-dua orang Alumni Asasi berkongsi pengalaman ketika menjadi penuntut di Pusat Asasi Pengurusan, UUM dan tips menghadiri temu duga untuk mendapatkan tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia. Mereka juga berkongsi tips memilih kursus-kursus yang bertepatan ketika melanjutkan pengajian di peringkat pengajian Ijazah pertama di UUM. Antara perkara penting yang disampaikan oleh Saudari Kareena Kaur Gill ialah mengenai tips pengurusan stress ketika menjadi mahasiswa dan mahasiswi UUM.
Manakala Saudara Muhammad Shuib pula memberikan pendedahan yang sangat mendalam tentang erti dan rukun sebagai seorang mahasiswa. Selain itu, beliau juga menerangkan secara terperinci tentang jenisjenis penajaan dan syarikat-syarikat yang menawarkan tawaran biasiswa serta berkongsi pengalamannya ketika menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan. Program ini turut dihadiri oleh Dr. Mohamed Ali Haniffa, Timbalan Pengarah (Pembangunan Pelajar), Pusat Asasi Pengurusan, Puan Nur Shazwani Shariffudin, Penolong Pengarah dan staf-staf pengurusan Pusat Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia.