UMUM/BAKAL PELAJAR
ASASI PENGURUSAN UUM |
MATRIKULASI |
|
|
|
|
|
|
|
|
Syarat khas kemasukan ke Program Asasi Pengurusan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai kelayakan SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya GRED B+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris serta mendapat sekurang-kurangnya GRED A- dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- *Empat (4) mata pelajaran yang lain
*Klik sini untuk rujuk brosur program
Program Asasi Pengurusan, UUM hanya boleh dipohon oleh calon lepasan SPM tahun semasa sahaja.
Calon tidak mempunyai kurang upaya penglihatan/pendengaran/pertuturan/fizikal/mental.
Program ini ditawarkan dalam tempoh satu (1) tahun akademik. Jumlah keseluruhan ialah 43 minggu.
- Principles of Management
- Principles of Management Accounting
- Principles of Financial Accounting
- Principles of Marketing
- Principles of Economics
- Principles of Law
- Introduction to ICT
- Mathematics
- English for Foundation Studies
- English Advanced Learners
- Critical Thinking
- Youth Development
- Writing & Research Skills
- Basics of Psychology (elective)
- Introduction to Visual Arts (elective)
- Principles of Communication and New Media (elective)
- Principles of Islam (elective)
- Nation Building (elective)
- Fundamentals of Philosophy (elective)
PAP menggunakan Bahasa Inggeris bagi sesi PdP.
Pelajar lepasan Program Asasi Pengurusan boleh memilih mana-mana 48 program ijazah sarjana muda di UUM setelah tamat pengajian Program Asasi Pengurusan. Walaubagaimanapun, pelajar mesti memenuhi syarat kemasukan program tersebut.
Senarai program Sarjana Muda boleh rujuk di sini
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyediakan Bantuan Kewangan Asasi (BKA) kepada pelajar Program Asasi Pengurusan, warganegara Malaysia yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM10,959.00.
UUM menyediakan kemudahan prasarana yang terdiri daripada perkhidmatan bas, Tempat penginapan yang selesa dan juga berhampiran dengan dewan kuliah, Wifi berkelajuan tinggi, kemudahan Pusat Sukan, perpustakaan dan Pusat Kesihatan UUM.
Semua pelajar Program Asasi Pengurusan ditempatkan di INASIS TNB. Inapan Siswa ini terletak berhampiran dengan Pusat Asasi Pengurusan.
PELAJAR PROGRAM ASASI PENGURUSAN
1. Umum 04 928 3451/3452/3459
2. Kebajikan 04 9283457
3. Yuran/Modul 04 9283458
4. Portal/Kuliah 04 9283456
5. Peperiksaan 04 9283455
Pelajar juga boleh memberi maklum balas kepada Pusat Asasi Pengurusan melalui google form
Tatacara untuk mengaktifkan portal di link http://it.uum.edu.my/students
Talian hotline UUM:
1. PKU 04-928 4444
2. UUMIT 04-928 6666
3. Keselamatan 04-928 3333
4. JPP 04-928 5555
Pelajar boleh membuat bayaran yuran pengajian dan modul melalui laman sesawang https://epay.uum.edu.my/ . Pelajar boleh membaca tatacara pembayaran yang terdapat pada laman sesawang tersebut sebelum membuat bayaran.
Pelajar perlu mengisi borang Pinjaman Peralatan ini dan diserahkan ke Pejabat Am PAP
Pelajar yang telah mendaftar Program Asasi Pengurusan, UUM boleh menyemak tawaran BKA secara atas talian melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPT. Pusat Asasi Pengurusan akan menyemak terlebih dahulu dokumen yang telah dihantar dan akan memaklumkan pelajar sekiranya pelajar tersebut memenuhi syarat.