Selain itu, sukan aerobik memberikan banyak kebaikan pada kesihatan seperti menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan dan memberi kecerdasan mental bagi mengurangkan tekanan. Sehubungan dengan itu, Biro Sukan Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan Sesi 2021/2022 telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan program aerobik secara dalam talian bersama-sama pelajar Kohort 8. Aktiviti tersebut telah dikendalikan ketika Slot Aktiviti Pelajar pada hari Rabu, 3 November 2021, jam 3.00 petang. Tujuan utama penganjuran program tersebut adalah untuk memastikan semua pelajar-pelajar Program Asasi Pengurusan sentiasa kekal ceria dan aktif walaupun mereka sedang mengikuti pembelajaran secara dalam talian di rumah.
Program ini telah diadakan secara dalam talian menerusi platform Webex dan disertai oleh seramai 181 orang pelajar Program Asasi Pengurusan Sesi 2021/2022. Bagi memastikan keberkesanan pengendalian, program ini dibahagikan kepada pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Ahli Jawatankuasa Biro Sukan juga telah menggunakan vdeo-video dari Youtube sebagai panduan untuk melaksanakan senaman aerobik. Keseluruhan pelajar berasa gembira kerana dapat mengikuti program santai tersebut walaupun hanya berlangsung dalam talian. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, mereka juga dapat merasai pengalaman bersukan dalam talian bersama rakan-rakan yang lain. Program ini turut disertai oleh beberapa orang pensyarah dan para kaunselor pelatih Universiti Utara Malaysia. Keseluruhan program dapat dikendalikan dalam suasana ceria dan dan diharapkan dapat dikendalikan secara berkala.