SUMBANGAN BAKUL MAKANAN “KAMI PRIHATIN” DAN MAJILIS BACAAN YASIN UNTUK KESEJAHTERAAN STAF DAN PELAJAR PUSAT ASASI PENGURUSAN (PAP)
Penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan pelajar-pelajar Program Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia sesi 2021/2022 telah mendapat perhatian pihak pengurusan PAP dan INASIS MALTEN. atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap kebajikan para pelajar yang menjalani proses isolasi, pihak PAP telah menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada para pelajar pada 23 Februari 2022, jam 4.30 petang bertempat di Dewan Bunga Raya, INASIS MAS.
Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengarah PAP, Prof. Dr. Abdull Sukor Shaari, kepada wakil EXCO Kebajikan Persatuan Pelajar PAP. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Ali Haniffa, Timbalan Pengarah I, PAP dan Cik Sharima Ruwaida Abbas, Timbalan Pengetua Inasis MALTEN.
Pihak pengurusan juga turut mengingatkan para pelajar supaya menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan kesihatan diri masing masing. Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pelajar dan menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk terus cekal menghadapi dugaan. Majlis Bacaan Yasin untuk Kesejahteraan Staf dan Pelajar Pusat Asasi Pengurusan anjuran Biro Kerohanian Persatuan Pelajar PAP turut diadakan pada pada 24 Februari 2022, jam 8.00 malam secara dalam talian menerusi platform Webex.
Bacaan Yasin yang dipimpin oleh saudara Ahmad Safuan Basiruddin telah diikuti oleh 180 orang peserta termasuk pelajar, staf serta para ibubapa. Prof. Dr. Abdull Sukor Shaari merakamkan terima kasih di atas kesudian para ibubapa dan semua hadirin yang turut mendoakan kesejahteraan “Keluarga Asasi dan UUM”.