Pertandingan tersebut telah berlangsung secara dalam talian dengan menggunakan platform Youtube dan SteamYard. Tujuan utama pertandingan tersebut ialah untuk mengeratkan hubungan di antara Pusat Asasi seluruh negara, selain memantapkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar dan strategi bekerja dalam kumpulan. Di samping itu ialah untuk melahirkan pelajar berpengetahuan luas, membentuk ciri-ciri kepimpinan dinamik dan berketerampilan tinggi.
Pertandingan tersebut telah berlangsung pada 19 Mac 2022. Pusat Asasi Pengurusan UUM telah menghantar seramai 10 orang wakil pelajar bagi menyertai Pertandingan Debat Interasasi dalam dua kategori utama iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Inisiatif dan semangat yang ditonjolkan oleh para pendebat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seharusnya dicontohi walaupun kejayaan tidak berpihak kepada mereka. Tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Aiman bin Mohd Zaid yang dinobatkan sebagai pendebat terbaik Sidang Ketiga dan Saudara Muhamad Azim Siddiq bin Mohd Nasir yang turut dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik keseluruhan Debat Bahasa Melayu. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah menyertai Pertandingan Debat yang sangat bermanfaat. Pasukan Pendebat Pusat Asasi Pengurusan turut merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Pusat Asasi Pengurusan UUM, Yang Berusaha Profesor Dr. Abdull Sukor Shaari, seluruh warga pengurusan dan para pelajar yang telah memberikan suntikan semangat kepada semua peserta. Syabas dan Tahniah.