Kemenjadian pelajar yang mampu berucap di khalayak ramai ini perlulah dikembangkan lagi dalam kalangan pelajar Pusat Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia (PAPUUM) agar sifat yakin dalam diri mereka dapat dipertingkatkan. Proses pemilihan speaker pada mulanya adalah dalam kalangan pendebat bahasa Inggeris. Namun, disebabkan sambutan yang memberangsangkan, pemilihan speaker turut disertai oleh pendebat-pendebat bahasa Melayu.
Program Speakers’ Corner dianjurkan pada 11 Januari 2023, serentak dengan pelaksanaan program Asasian English Day. Tajuk pada minggu pertama ialah The importance of English dan A life as Foundation Student. Pada minggu kedua, tajuk yang ditetapka ialah ‘Media sosial dan Kesihatan mental’ dan Scholarships. Pelajar-pelajar yang mendengar ucapan atau perkongsian rakan mereka digalakkan untuk bertanyakan soalan untuk membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.
Sesi pengucapan awam ini ini mengambil masa dalam lebih kurang 30 hingga 40 minit pada setiap sesi dan dijalankan secara berterusan pada setiap hari Rabu bermula pukul 12.30 tengah hari. Aktiviti ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada para speakers untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam pengucapan awam, malah memberikan sedikit sebanyak input secara langsung mahupun tidak langsung kepada para pelajar Pusat Asasi Pengurusan dan pelajar pemegang Ijazah sarjana muda yang berada di kawasan sekitar.
Semua pihak diharapkan untuk terus bersama-sama berganding bahu menjayakan aktiviti ini secara berterusan agar manfaatnya dapat dirasai oleh semua pihak.