Pada 17 Jun 2023, Sabtu, biro tugas-tugas khas telah menganjurkan program Program CSR “Empowering Young Generation for a Better Tomorrow” yang melibatkan 41 orang pelajar Asasi Pengurusan dan 121 orang peserta dikalangan pelajar SBP Integrasi Kubang Pasu, Kedah. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan suasana luar bandar serta belajar untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti kolaborasi bersama pihak luar. Program ini telah berjaya dikendalikan di bawah bimbingan dan arahan daripada pengarah program, saudara Mailvannan A/L Puvanabalan.
Pada pukul 8.00 pagi, seramai 41 pelajar Pusat Asasi Pengurusan bersama dengan Cik Nurfarahiyah binti Mohammad Najib sebagai staf pengiring, berangkat dari Inasis TNB ke SBP Integrasi Kubang Pasu, Kedah. Perjalanan yang mengambil masa selama 20 minit telah selamat tiba ke destinasi yang dituju serta disambut dengan baik oleh pihak urusetia SBP Integrasi Kubang Pasu, Kedah. Setelah tiba di dewan SBP Integrasi Kubang Pasu, para fasilitator telah bermula membuat persediaan untuk memulakan program CSR: “Empowering Young Generation for a Better Tomorrow”.
Program telah dimulai dengan acara pengenalan diri pengarah program, saudara Mailvannan A/L Puvanabalan diikuti dengan timbalan pengarah, saudari Nur Hayati Binti Md Sharif. Seterusnya, sesi pengenalan diri diambil alih oleh saudari Alya Jazilah Binti Mohamad Azhar dan Nurul Ain Shahirah Binti Shafie untuk sesi Ice Breaking dan pembahagian kumpulan bagi aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK).
Pada pukul 10.00 pagi, program telah diteruskan dengan sesi seminar 1:”Evolution of Artificial Intelligence and It could change our lives” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Azizi Abdul Aziz, Professor Madya dalam bidang Kepintaran Buatan. Seminar ini telah membuka minda para peserta program tentang evolusi teknologi AI dalam kehidupan seharian manusia.
Pada pukul 11.00 pagi, AJK Aktiviti telah mula untuk membuat persediaan bagi aktiviti LDK 1 yang akan para peserta program sertai mengikut ahli kumpulan yang telah dibahagikan. Permainan yang diadakan adalah Explorace/ Treasure Hunt yang bertemakan AI. Aktiviti ini telah dikendalikan dengan baik oleh saudari Mohana Lakshimi A/P Munusamy mengikut masa yang telah diberikan. Melalui aktiviti ini, peserta program dapat meningkatkan lagi pemahaman mereka dengan lebih mendalam tentang teknologi AI dalam kehidupan manusia. Aktiviti LDK 1 telah dijalankan sehingga pukul 12.30 tengah hari. Kemudian, para peserta dibenarkan untuk berehat, makan tengah hari dan menunaikan ibadah solat sebelum meneruskan program.
Pada pukul 2.00 petang, program diteruskan lagi dengan sesi seminar 2: ”Social Behaviour” yang telah disampaikan oleh Puan Noorul Adilah Che Hamzah, Pegawai Psikologi Kanan. Melalui sesi ini peserta dapat lebih memahami tentang pergaulan sosial di sekeliling mereka dengan lebih baik serta memahami personaliti mereka pada pandangan diri sendiri dan juga pada pandangan orang lain.
Pada pukul 3.00 petang, LDK 2 telah dikendalikan dibawah pemantauan saudari Intan Nur Nabila binti Mohd Reza bagi menerangkan cara LDK 2 dilaksanakan kepada para peserta. LDK 2 ini merupakan Educational Games yang bertemakan Buli. Dengan menghasilkan poster tentang jenis-jenis buli dan membuat pembentangan poster, peserta dapat meningkatkan pengetahuan terhadap jenis- jenis pembulian, antaranya ialah buli siber, buli fizikal, buli sosial dan buli lisan. Aktiviti ini telah dilaksanakan dengan baik mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pengendali aktiviti.
Pada pukul 4.30 petang, majlis penutupan program CSR “Empowering Young Generation for a Better Tomorrow” yang dikendalikan oleh saudari Nurul Shafiqah Binti Aminudin selaku pengacara majlis, telah berjaya dilaksanakan diikuti dengan ucapan penghargaan yang diberikan oleh Prof. Dr. Muhammad Fuad Bin Othman, Pengarah Pusat Asasi Pengurusan kerana telah memberi peluang bagi pelajar Asasi Pengurusan UUM untuk mengadakan program bersama pelajar SBP Integrasi Kubang Pasu, Kedah. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderamata kepada Puan Husni Syakirah Binti Abdul Rahma, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SBP Integrasi Kubang Pasu dan penyampaian hadiah kepada para peserta program. Akhir sekali, program ini telah berakhir dengan sesi fotografi antara para peserta program, pelajar Asasi Pengurusan UUM dan staf-staf yang hadir. Pada pukul 6.00 petang, pelajar Asasi Pengurusan UUM telah selamat berangkat pulang ke UUM.